Meskipun PKP, Niat Beli Kereta Baru Meningkat Tinggi

Biarpun negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan lalu, namun permintaan terhadap industri automotif Malaysia dijangka terus meningkat.

Lebih mengejutkan, hasil Kaji Selidik Pengguna Carsome mendapati hasrat untuk membeli kereta meningkat sebanyak 32 peratus berbanding sebelum tempoh pelaksanaan PKP.

Hasil kajian Carsome membabitkan responden di Malaysia, Thailand dan Indonesia yang dijalankan pada Oktober lepas menunjukkan ramai rakyat Malaysia berhasrat membeli kereta dalam tempoh enam bulan ini.

Ia berikutan ramai tidak selesa menggunakan pengangkutan awam selepas tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan COVID-19 kerana bimbang dijangkiti virus.

Bagaimanapun, jumlah orang yang mahu menjual kereta ketika sekatan pergerakan turut meningkat sebanyak 133% dari Malaysia, diikuti Indonesia 52% dan Thailand 15%.

Sebab utama mahu menjual kereta adalah untuk mendapatkan lebih banyak wang tunai serta mahu melupuskan kenderaan lama.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: BH Online