Misi Bantuan Ebit Lew Di Sabah Terpaksa Dihentikan Namun Enggan Kongsi Arahan Dari Siapa

Bila sebut sahaja tentang bantuan, tidak dinafikan nama Ebit Lew pasti akan menjadi sebutan ramai. Insan hebat ini tidak pernah kenal erti penat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini Ebit Lew menjalankan misi kemanusiaan di beberapa kawasan di Sabah. Lebih menjadi perhatian, pendakwah itu berjaya mengislamkan 490 orang komuniti Bajau Laut yang tiada agama dan negara sebelum ini.

BACA: Berita Keprihatinan Ebit Lew Tular Sampai Ke Korea, Netizen Tumpang Bangga

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit Lew memohon maaf serta memaklumkan terpaksa menghentikan misi bantuan kepada penduduk di Semporna, Sabah.

Menurut Ebit lagi, beliau dimaklumkan juga bahawa hukuman boleh dikenakan dimana denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama tiga tahun. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapa yang mengeluarkan arahan agar tidak meneruskan misi bantuan berkenaan.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.
Saya minta maaf,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit berkata beliau juga terpaksa menagguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat untuk kegunaan masyarakat setempat yang telah dirancang.

“Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya.

“Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” katanya.

Diakhir perkongsian itu, Ebit berkata disebabkan tidak dapat meneruskan misi tersebut di pulau-pulau di Semporna, beliau mengambil keputusan untuk terus ke Tawau untuk memberikan sumbangan.

SUMBER: Malaysia Post