Muak Dengan Watak Lucu, Ini Lakonan Bell Ngasri Yang Pasti Ramai Rindu

Tahukah anda, sebelum ini Bell Ngasri atau nama sebenarnya, Ngasrizal Ngasri pernah membawakan pelbagai watak dalam lakonannya? Kalau tengok pada zaman sekarang, memang banyak watak luculah yang dia bawakan.

BACA: Wanita Dedah Drama Takdir Yang Tertulis Sama Macam Kisah Dirinya, Terlalu Percaya Suami

Tapi bagi penulis, antara salah satu lakonan yang sentiasa teringat pasal Bell ini adalah melalui satu drama di TV3 kalau tak silap, sekitar tahun 1998. Kisahnya dalam drama tersebut, Bell punya perangai memang nauzubillah.

Walaupun begitu, emosi yang sampai kepada penonton masa itu memang sangat terkesan. Bell bawa watak budak nakal dan sangat bencikan Shaheizy Sam gara-gara Sam rapat dengan seorang guru lelaki di sekolah berkenaan.

Pelbagai tohmahan dan makian dilemparkan kepada Sam dan guru lelaki tersebut. Kita boleh nampak macam mana Bell punya tenaga dalam nak memastikan karakter dia mampu orang buat benci.

Benda mahal dalam lakonan macam ini bukan boleh dipungut melalui jutaan followers di laman sosial tapi melalui penghayatan dan cinta yang mendalam terhadap lakonan.

Hasilnya, pada Anugerah Skrin 1997/1998, Bell berjaya merangkul anugerah Pelakon Drama Pembantu Lelaki Terbaik melalui drama tersebut.

Lagi menarik, barisan pelakon drama ini pun bukan calang-calang. Ada Latip Borgiba, Harun Hashim, dan juga Nasir Bilal Khan.

Nasir Bilal Khan punya babak tibai Bell pun real habis sampai kami yang tengok pun naik cuak. Anda boleh tonton sendiri drama ini di Youtube, lagi-lagi time pandemik ini, nak buat apa lagi kan kalau tak layan drama.

Drama berjudul Pa’e ini dalam masa yang sama memerlukan anda untuk menyediakan sekotak tisu atau paling tidak pun bucu baju t-shirt sebab ending dia boleh tahan sedihnya.

Buat pelakon-pelakon drama ini yang sudah berusia lebih 20 tahun ini, sesungguhnya inilah kualiti drama yang kami rindukan yang mungkin kami tidak akan dapat selepas ini.

Pemilihan pelakon, penghayatan watak, jalan cerita dan juga pengajaran yang cukup untuk meninggalkan kesan mendalam buat penonton.

Cakap banyak pun tak guna, jika ada masa bolehlah tonton drama ini – drama di zaman kegemilangan karya-karya bermutu yang banyak dihasilkan.

Klik link Youtube ini untuk tonton.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.