Manusia ini kadang-kadang kalau nak cakap main lepas saja, lagi-lagi kalau tengah geram atau marah. Tukang cakap mungkin tak sedar apa yang dicakapkannya itu boleh berpusing balik pada dia.
BACA: Ramai Puji Ibu Lagi Cantik Dari Anak, Gadis Ini Tak Rasa Tercabar
Baru-baru ini tersebar dakwaan daripada sesetengah netizen yang mempertikaikan kecantikan isteri Remy iaitu Ezza Yusof.
Perkara tersebut dikatakan timbul setelah Remy berkongsikan video mereka yang menampilkan isterinya itu tanpa make up.
Tidak dinafikan bahawa Remy mempunyai peminat di kalangan wanita yang ramai dan mungkin juga ada yang patah hati dengan berita pernikahan tersebut.
Bagaimanapun rata-rata netizen kurang senang dengan kenyataan tersebut malah menyatakan kecantikan sebenar terletak ketika tiada make up dipakaikan dan bukannya bergantung kepada filter aplikasi telefon pintar semata-mata.
Apa-apa pun sebagai peminat, kita perlu berdiri di alam realiti dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak baik jika tengah sakit hati.
Semoga kita terlindung dari menjadi manusia yang hanya tahu menyakitkan hati orang lain dan buat peminat Remy, bertabahlah. Boleh dah cari pelakon lain sekarang ini, Man Raja Lawak pun semenjak kurus ini seakan-akan Remy juga.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.