Ramai Puji Ibu Lagi Cantik Dari Anak, Gadis Ini Tak Rasa Tercabar

0
23987

Tidak dinafikan, memang ada individu yang awet muda – tak kisahlah sama ada lelaki atau pun wanita. Dalam video yang viral baru-baru ini, seorang ibu nampaknya dapat lebih perhatian daripada anaknya sendiri.

BACA: Gadis Korea Kata Lelaki Malaysia Gentleman, Lebih Pentingkan Keluarga

Lebih mengejutkan, melalui laporan mStar Online, wanita berkenaan bakal mencecah usia 50 tahun dalam 2 tahun lagi.

Jelas pemilik akaun berkenaan yang dikenali dengan nama Afiqah, perkongsiannya itu hanyalah sekadar suka-suka namun tak sangka pula menarik perhatian netizen.

@nrainfieqh_

tengok la my mom menjeling😂

♬ Psycho – Joseph Angelo Concepcion

Melalui laporan portal berita itu juga, antara amalan ibu gadis berkenaan yang sering diamalkan ialah meminum air putih dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Malah menurut Afiqah, jika di luar, orang selalu terkeliru kerana menyangkakan bahawa mereka adalah adik beradik.

Tambahnya, selepas video tersebut viral, ibunya berasa segan lebih-lebih lagi apabila membaca komen yang ditinggalkan netizen.

@nrainfieqh_

ade yang sama tak?🙈 ##foryou ##foryoupage ##fyp ##fypage ##shouldbeme

♬ Im Dying Inside Remix – Tik Toker

“Ibu tak ada TikTok… saya yang tunjukkan komen-komen itu kepadanya. Dia senyum saja tapi berasa segan. Siap ada yang kirim salam dan macam-macam komen lain. Ayah tak cemburu pun… dia jenis sempoi”

“Lebih tak sangka bila tengok komen-komen yang puji ibu lebih cantik dari anak. Saya tak kisah dan rasa tercabar pun… malah saya sebagai anak turut berbangga,” jelasnya memetik laporan portal tersebut.

Sebenarnya banyak komen dari lelaki saja kami tengok dalam video yang kini sudah mencecah lebih 200,000 tontonan, pantang korang eh?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.