Nak Tidur Dengan Kekasih Punya Pasal, Sanggup Rentas Negeri Langgar PKP

Meskipun sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) dilaksanakan, namun masih ramai mengambil remeh sehingga ada yang ingkar.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Pulau Pinang sanggup rentas negeri dan melanggar PKP semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di Kulim, Kedah.

BACA: Gaduh Dengan Bini, Pergi Tumpang Tidur Rumah Janda

Pasangan tersebut dicekup berkhalwat di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 12.16 tengah malam tadi. Lelaki tersebut ditemui menyorok di belakang pintu bilik yang disewa kekasihnya.

Pegawai Penguatkuasa Agama Kulim berkata pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

Hasil siasatan mendapati, lelaki berusia 36 tahun itu menetap di Pulau Pinang, manakala wanita berusia 19 tahun itu berasal dari Perak tetapi menyewa di bilik rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dicekup kerana disyaki berkhalwat. Lelaki itu hanya memberi alasan saja datang untuk tidur di rumah itu.

Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Harian Metro