Neelofa, PU Riz Selamat Diijabkabul Dengan Sekali Lafaz

0
15316

Tahniah kami ucapkan buat Neelofa yang telah sah bergelar isteri kepada PU Riz dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

BACA: “Semoga Neelofa Menjadi Isteri Solehah, Kepada PU Riz Jaga Perhiasan Dunia Yang Allah Bagi…

Dalam majlis yang bertemakan warna putih itu, kelihatan keluarga terdekat yang hadir dan menurut laporan sumber BH Online, sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik turut serta dalam majlis penuh bermakna itu.

Majlis ini sekaligus menjawab beberapa kontroversi yang melibatkan pasangan ini sebelum ini.

Berita perkahwinan pasangan ini pastinya merupakan khabar gembira buat peminat setia mereka yang ternantikan saat manis ini.

Semoga ikatan di antara PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26 tahun dan juga Neelofa, 32 tahun, kekal sehingga ke Jannah.

Kami kongsikan beberapa keping gambar yang dikongsikan ahli keluarga terdekat Neelofa sepanjang majlis pernikahan berlangsung.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.