Nenek Ambik Upah Kopek Bilis Demi Teruskan Hidup, Tinggal Di ‘Kandang Kambing’

Tak tertahan air mata melihatkan keadaan seorang warga emas, Rabiah Jusoh yang kini berusia 70 tahun hidup bersendirian dan tinggal di rumah yang menyerupai kandang kambing.

BACA: Remaja Kelantan Lastik Warga Tua Akhirnya Direman 3 Hari

Malah lebih menyedihkan, rumah itu juga tidak ada tandas menyebabkan nenek ini perlu ke sungai untuk membersihkan diri mahu pun melepaskan hajat. Di rumah itulah juga dia tidur, memasak dan juga solat.

Melalui laporan Harian Metro ini, dinding dan lantai rumah berkenaan juga semakin mereput selain bumbung bangsalnya itu juga sering diterbangkan angin ribut.

“Saya tidak mahu tinggal dengan mereka (anak) walau sering diajak kerana mereka juga susah dan perlu menanggung keluarga. Malah, ada salah seorang anak saya terlantar sakit strok”

“Rumah ini saya bina bersendirian sejak 12 tahun lalu secara sedikit demi sedikit bergantung kepada bahan binaan (kayu terbuang) yang dijumpai,” kongsinya kepada portal berita berkenaan.

Kami kongsikan beberapa fakta lain mengenai kehidupan nenek Rubiah dalam meneruskan kehidupan sehari-hari. Semoga kita yang serba lengkap ini bersyukur dengan apa yang dimiliki kini.

+ Nenek Rubiah ambik upah mengopek ikan bilis dengan bayaran RM10 untuk satu plastik besar mengandungi 10 kilogram ikan bilis

+ Sebelum ini pernah kerja siang dan jemur ikan namun tidak kini tidak lagi kerana tidak larat berjalan dan hanya mampu bekerja di rumah

+ 2 hari masa diperlukan untuk mengopek 10 kilogram ikan.

Tambah laporan itu lagi, keadaan nenek Rubiah telah mendapat perhatian Cempaka Merah Asnaf Society yang kini sudah menerima bantuan dalam bentuk bahan binaan (untuk mendirikan rumah baru) serta kewangan.

Jika anda ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah menerusi akaun Bank Islam di bawah Cempaka Merah Asnaf Society iaitu 0307 2010 1378 74.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.