Remaja Kelantan Lastik Warga Tua Akhirnya Direman 3 Hari

Baru-baru ini ramai hati netizen hangat dengan video pendek yang tersebar tentang perilaku remaja yang membuli warga tua yang dipercayai terjadi di Kelantan.

BACA: Tak Dapat Topup Touch n Go, Jurutol Kena Simbah Milo

Lebih menyedihkan lagi apabila mereka seakan tiada rasa hormat langsung terhadap warga tua berkenaan selain terlihat mengacah-acah untuk mencederakan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan Kosmo Online, empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas di Banggol Pauh, Bekelam dekat Bachok Rabu lalu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Keempat-empat suspek berusia 15 hingga 18 tahun itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mangsa Wan Bidah Wan Deraman yang berusia 67 tahun dan juga seorang ibu tunggal mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian leĀ­ngan selepas dilastik dua remaja.

Rayuan mangsa agar tidak dilastik tidak diendahkan dan lebih meneydihkan, antara individu yang melakukan perkara tersebut adalah anak sepupunya sendiri.

Beringatlah wahai kalian, bagaimana kita dilayan, itulah kitaran yang akan diterima kita satu hari nanti.