Nenek Simpan Rendang Raya Haji Untuk Anak, Yang Pulang Hanya Jenazah

Hati mana yang mampu menahan air mata apabila melihat video ini yang sangat meruntun jiwa. Melalui perkongsian pengguna dengan nama Ahmad Fadzli di TikTok, neneknya sedang menantikan kehadiran cucunya untuk pulang.

BACA: Mak Meninggal Akibat Covid-19, Anak Langsung Tak Sedih Sempat Minta Nombor PIN Akaun Bank Mak

Malah kepulangan cucunya itu juga turut diiringi dengan rendang yang sudah disiapkan pada hari raya Aidiladha lalu. Namun apakan daya, kita hanya merancang dan hanya Allah yang menentukan.

Melihatkan nenek di dalam video yang kini sudah mendapat lebih 500,000 tontonan itu, kedengaran jelas tangisannya.

Apa yang lebih menyayat hati adalah oleh kerana arwah pergi kerana Covid-19, hanya ambulans yang akan lalu di hadapan rumah sebagai penghormatan terakhir buat ahli keluarga.

@angahhbo

31 julai 2021..tenanglah abdul aziz bin bulat..covid is real..##covid19 ##xyzbca ##fyp ##fypシ

♬ original sound – SAS

Melalui komen yang ditinggalkan pada video tersebut, ramai netizen yang pernah mengalami situasi yang sama berkongsi kesedihan dan berharap agar nenek tersebut terus tabah.

Inilah realiti sebenar situasi semasa yang kita perlu hadapi sekarang. Pandemik dan virus ini tidak mengenal usia muda atau tua.

Buat kita yang masih berpeluang untuk menarik nafas dengan tenang, bersyukurlah dan teruskan menjaga apa yang termampu. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat keluarga yang telah pergi.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.