Netizen Lapor J&T Express Henti Penghantaran Ke Beberapa Poskod Negeri Ini?

Sejak semalam tular di media sosial apabila netizen melaporkan Syarikat kurier J&T Express tidak lagi membuat penghantaran bungkusan ke beberapa kawasan dalam negara ketika ini.

Netizen tersebut turut berkongsikan gambar tertulis senarai kawasan yang didakwanya akan dihentikan perkhidmatan penghantaran bungkusan oleh syarikat pengendali kurier terbabit.

Difahamkan, tertulis poskod negeri dimana J&T tidak boleh membuat penghantaran ke poskod berkenaan akibat RED ZONE.

Perkongsian netizen itu turut mendapat pengguna Twitter lain yang dakwaannya mengenai tiada lagi kiriman yang dibuat syarikat kurier itu ke kawasan yang tersenarai.

Menurutnya maklumat tersebut diperoleh daripada salah seorang rakannya yang mendapat ‘maklumat’ tiada lagi penghantaran akan dibuat ke kawasan yang tersenarai.

https://twitter.com/aaisyxxh/status/1246518122330214400

Susulan itu, ramai netizen bertanyakan tentang perkara itu di media sosial syarikat kurier tersebut untuk mengetahui mengenai kelewatan penghantaran parcel, namun tidak dijawab.

Bagaimanapun, semalam pihak syarikat kurier itu akhirnya tampil memberikan kenyataan dimana mereka memohon maaf di atas salah faham maklumat yang tular sebelum ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, J&T memberitahu pihaknya akan mengemas kini maklumat terkini secepat mungkin dan perkhidmatan penghantaran akan diteruskan seperti biasa, bagaimanapun, kawasan RED ZONE akan berdepan sedikit kelewatan.

Leave a Reply