Netizen Pertikai Pemberian Berlebih-Lebihan Kepada Petugas Media

Kemelut politik yang melanda negara kita sekaligus menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat yang tertanya-tanya siapakah yang akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Sejak Isnin lalu, petugas media sudah sedia berkampung di depan Istana Negara untuk mendapatkan berita mutakhir dan terkini tentang situasi terkini politik Malaysia.

Dalam pada itu, bagi menghargai usaha petugas media dalam masa sama mengurangkan beban mereka, beberapa pihak tampil menghulurkan makanan dan minuman secara percuma.

Namun difahamkan, bantuan dihulurkan bukan hanya terhad kepada makanan sahaja malah merangkumi pelbagai produk lain daripada jenama-jenama produk popular tanah air.

Sumber
Sumber
Sumber

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempertikaikan tindakan itu dilihat semakin berlebih-lebihan. Ada segelintir berpendapat, adalah lebih baik jika ianya disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Malah, kata netizen ada adakalanya barang bantuan yang diberikan agak tidak kena dengan keadaan petugas media yang hanya memerlukan makanan dan minuman sahaja.

Rasanya tiada salahnya jika mana-mana pihak mahu memberikan bantuan kepada petugas media kerana tugas mereka bukanlah mudah. Mereka perlu berpanas dan berhujan dalam masa sama perlu sentiasa bersedia.

Ada banyak masa terluang? Follow kami diĀ FacebookĀ &Ā InstagramĀ 🙂

Leave a Reply