Netizen Tegur Beli Cover Buku Mewah Tak Boleh Bawak Mati, Ini Respon Selamba Vida

Tak dapat dinafikan, kehidupan keluarga ini sememangnya sentiasa mendapat perhatian netizen dan baru-baru ini, salah satu perkongsian Datuk Seri Vida di Instagram mencuri perhatian.

BACA: 3 Punca Kenapa Cik B Selalu Jadi Mangsa Buli Di Laman Sosial

Dalam posting tersebut, Vida berkongsi kegembiraannya untuk menghadiahkan anak gadisnya, Cik B, kulit buku berjenama namun macam biasalah, pasti ada yang tidak senang hati dengan apa yang dilakukan usahawan tersebut.

Tidak mudah melatah, Vida dengan selamba memberikan jawapan ringkas kepada akaun tersebut. Tengok nama akaun pun sudah tahu macam akaun palsu – yang biasanya digunakan untuk mengecam akaun lain.

Kami rasa video berkenaan adalah video lama tapi gelagat keluarga ini tidak pernah tak menghiburkan. Perkara tersebut yang kini dimuatnaik di Twitter setakat ini telah di-retweet lebih 28,000 kali.

Apa pun, lihatlah betapa sanggup kita bersusah payah mewujudkan satu akaun khas semata-mata ingin mengutip dosa di laman sosial.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.