Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.
Kalau ikutkan sekarang sudah ada pelbagai jenis diet yang disarankan kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan antaranya diet Atkins, Detoks, Paleo, Vegan, Low-Carb dan Intermittent Fasting.
Namun, tidak semua jenis diet yang diamalkan berkesan kerana mungkin ianya tidak bersesuaian dengan badan kita.
Seperti yang dikongsikan oleh gadis bernama Musfira Mustak ini yang nekad untuk membuat perubahan telah berkongsikan tipsnya tersendiri untuk menurunkan berat badan.
Menurut Musfira dia mempunyai masalah berat badan berlebihan sejak dari kecil lagi dan mahu mendapatkan berat badan ideal setelah penat bergelut dengan ejekan orang ramai serta tertekan memikirkan perkara itu.
Turut berkongsikan fotonya sekitar tahun 2008 serta foto terkini untuk perbandingan, gadis itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23kg iaitu daripada 78kg kepada 55kg dalam tempoh beberapa tahun.
Berkongsikan pejalanannya untuk mendapatkan berat badan terkini dan cara pemakanannya, Musfira berkata dia terus berhenti daripada memakan nasi serta minuman bergula.
Selain itu dia turut mengelak daripada mengambil makanan berminyak serta fast food dan akan makan sekali sehari iaitu sebelum jam 7 malam.
Dalam pada itu, Musfira berkata turut melakukan senaman seperti spinning, yoga dan home workout. Menariknya, dia turut mengamalkan memakai bengkung ketika tidur untuk mendapatkan berat badan idaman.
SUMBER: Instagram Musfira Mustak