Kebiasannya kalau bab cucuk kereta depan sebab tak nak bayar tol ini mesti kerja kereta Myvi tapi nampaknya baru-baru ini, kereta jenama Honda juga turut cuba mencuri perhatian.
BACA: Tegur Driver Alza Tak Bagi Signal, Hilang Terus 7 Batang Gigi
Sebenarnya bukanlah salah kereta jenama apa, tapi sikap pemandu itulah yang menjengkelkan.
Dalam video pendek ini, kita dapat lihat pemandu berkenaan cuba untuk mengelak bayar tol sedangkan itu kan tanggungjawab masing-masing. Bayar kereta beribu sebulan, tol pun tak mampu bayar ke, kan?
Apa yang lebih menarik dalam video ini sebenarnya apabila pemandu kereta hadapan yang bertindak ‘mengenakan’ pemandu di belakangnya.
Ingatkan elok-elok boleh lepas, rupanya sangkut – mujur tak tepat masa palang nak jatuh.
Malah lelaki berkenaan juga turut gelak puas hati selepas pemandu di belakangnya tidak berjaya melepasi tol.
Kebanyakan komen yang ditinggalkan turut berkongsi rasa puas hati yang sama apabila kereta tersebut gagal untuk meneruskan perjalanan.
Kejadian sebegini sebenarnya sedikit sebanyak mengajar pemandu yang tidak berhemah di atas jalan raya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.