Umum mengetahui semalam kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Rabu ini iaitu 18 Mac sehingga 31 Mac. Malah, semua sekolah dan premis kerjaaan serta swasta diarahkan tutup pada tempoh tersebut.
Susulan itu, pasti ramai yang akan menggunakan waktu cuti itu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan menghabiskan masa di sana. Bagaimanapun itu bukanlah satu idea yang baik.
Seorang pakar yang merupakan ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menggesa agar orang ramai tidak pulang ke kampung halaman masing-masing di saat genting ini.
Should I ‘balik kampung’ now? @melisa_idris and @Hafiz_Marzukhi ask @ProfAdeeba about interstate travel under the restricted movement order. #ConsiderThis #KekalTenang #HapusCOVID19 pic.twitter.com/jjr4txh9qh
— Astro AWANI (@501Awani) March 16, 2020
“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan.
Ujarnya lagi, tujuan utama arahan itu dikeluarkan adalah untuk mengehadkan sebarang pergerakan serta meminumumkan kontak dalam kalangan orang ramai yang boleh menyebarkan virus.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂