Seperti kita tahu sejak Pakatan Harapan memerintah selepas PRU 14 yang lalu, pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). antara isu yang sering dibangkitkan
Nampaknya, isu itu dibangkitkan semula oleh PAS yang kini bersama dengan tampuk pimpinan baru iaitu gabungan Perikatan Nasional yang menyuarakan hasrat agar ‘unsur riba’ dalam bayaran pinjaman PTPTN dihapuskan.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob, yang berharap peminjam hanya membayar jumlah yang dipinjam sahaja.
“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata hutang wajib untuk dilunaskan kerana itu juga termaktub dalam syariah Islam, begitu juga hutang PTPTN.
“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba,” katanya.
Buat masa ini, selain caj pengurusan, peminjam PTPTN dikenakan kadar faedah tiga peratus. Bagaimanapun peminjam boleh bertukar kepada sistem ujrah yang mengenakan kadar satu peratus.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂
SUMBER: Harian Metro