Zaman semakin maju, nama anak zaman sekarang pun semakin unik. Adakalanya nama yang diberi pada anak terlalu panjang sehingga menyukarkan anak menulis nama mereka kelak.
Seperti kita tahu Jabatan Pendafratan Negara melarang ibu bapa mendaftarkan nama anak melebihi 80 askara. Bagaimanapun, nama seorang bayi yang diberikan oleh ibu bapanya di Indonesia ini cukup unik sekali.
Mana tidaknya, bayi tersebut didaftarkan atas nama ‘Alhamdulillah Rezeki Hari Ini’. Nama bayi itu ternyata mendapat perhatian ramai pihak termasuk netizen. Pasti ramai yang tertanya-tanya dimana apa kisah di sebalik nama tersebut.
Peringatan supaya mereka sentiasa bersyukur
Pasangan suami isteri, Didit Saputro dan Meidiana dari Yogjakarta selamat menimang cahaya mata mereka pada September tahun lalu. Pasangan itu menjelaskan sebab nama itu dipilih sebagai peringatan supaya mereka sentiasa bersyukur.
Memetik laporan Tribunnews, menurut Didit, dia pernah menjadi manusia yang tidak bersyukur. Menceritkan kehidupannya, dia pernah hidup mewah bekerja sebagai jurugambar profesional dengan bayaran cukup tinggi di Jakarta.
Bagaimanapun, semasa tahun kedua perkahwinan mereka, dia diserang strok dan menyebabkan tangan dan kakinya sukar untuk bergerak. Ketika diuji dengan penyakit strok, dia menerima satu tawaran yang mahukan khidmatnya di Bali.
Dia menerima tawaran tersebut kerana bayarannya agak tinggi kira-kira RM25,000. Dia menyangkakan kliennya itu dari golongan kaya tetapi hanya seorang pemuda dari keluarga biasa.
Malah, pemuda tersebut membayarnya dengan hasil wang tanah orang tuanya yang digadaikannya. Mengetahui tentang perkara itu, Didit menawarkan diskaun namun ditolak oleh pemuda itu.
Didit kemudian meminta pemuda itu mencari rumah saudaranya sahaja untuk dia tinggal sementara disitu. Katanya, dari situlah dia belajar mengenai erti bersyukur.
Lebih aneh, sepanjang berada di sana, kedua kaki dan tangannya elok sahaja dan tidak mengalami strok yang akhirnya sembuh. Namun pada tahun 2018, isterinya pula diuji apabila patah kaki dan berjaya disembuhkan selepas bertemu dengan pakar tulang serta tukang urut.
Mereka kemudian dikhabarkan isterinya sukar hamil kerana ada masalah saraf.
Meskipun sudah mendapatkan rawatan tradisional dan moden, namun semuanya tidak berhasil. Namun pada Februari 2019, isterinya disahkan hamil.
Setiap kali orang bertanya mengenai pemilihan nama anaknya, Didit hanya menjawab ‘supaya tidak menjadi seperti bapanya’ sepertu apa yang terjadi pada hidupnya dahulu.