Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Boleh dikatakan ramai yang terjejas berikutan pandemik COVID-19. Malah, ramai yang hilang pekerjaan, tidak kurang juga ada yang diberhentikan kerja serta apabila banyak syarikat yang mungkin akan gulung tikar.

Ini tentunya berita baik buat mereka yang sedang mencari pekerjaan dimana Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya menawarkan lebih 1,000 kerja kosong untuk warga tempatan.

Menariknya, gaji ditawarkan sekitar RM2,000 sebulan serta turut diberi faedah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Naib Presiden Persatuan Pasar Jalan Othman, Raja Ratnam berkata sebelum ini, pasar pasar tersebut bergantung kepada pekerja asing tetapi baru-baru ramai ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Susulan itu, mereka kini ingin menawarkan pekerjaan buat warga tempatan dan bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.

“Gaji harian antara RM70 dan RM80. Sebelum ini, kita tidak dapat memanggil warga tempatan untuk bekerja kerana waktu kerja yang awal dan melibatkan kerja yang berat.

“Bagaimanapun, sekarang ramai warga tempatan yang hilang pekerjaan dan mereka boleh rebut peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan di salah sebuah dari 500 gerai yang ada di pasar ini,” katanya.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata, warga asing tidak sepatutnya bekerja di pasar dan para peniaga bersedia mengambil warga tempatan dengan menawarkan upah yang berpatutan lebih RM2000 sebulan.

“Mereka dapat menjana lebih dari RM2,000 sebulan dan ini lebih tinggi daripada gaji minimum di negara ini iaitu RM1,200. Bagaimanapun, pekerjaan itu memerlukan pekerja untuk datang bekerja pada waktu pagi.

“Tidak ada had umur yang ditetapkan untuk tawaran pekerjaan di sini,” katanya.

SUMBER: The Star