Sejak malam tadi tular di media sosial apabila orang ramai berpusu-pusu ke balai polis di seluruh negara untuk mengisi borang untuk melakukan perjalanan merentas negeri.
Bagaimanapun, sebentar tadi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain.
Dalam pada itu, PDRM turut menasihati mereka yang ingin keluar daripada negeri masing-masing agar memandu secara berhemah dan selamat tiba ke destinasi.
“Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat, secara berhemah malam ini.
“Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini, esok,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador sebentar tadi mengumumkan Larangan Keluar Antara Negeri akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini.
SUMBER: BH Online