Sebut saja nama Myvi, mesti pelbagai kerenah pasal kereta ini yang kita akan jumpa di laman sosial media. Kereta ini sendiri bagaikan ada perangai tersendiri yang membuatkan mereka bersinar daripada jenama kenderaan lain.
BACA: Isteri Rakam Video Myvi Langgar Myvi Tapi Suami Yang Kena Marah
Baru-baru ini, tular satu video yang menyaksikan seorang penunggang motorsikal tercampak helmetnya gara-gara kerenah pemandu Myvi yang sesuka hati membuat pusingan U tanpa melihat keadaan sekeliling.
Lebih menambah api kemarahan netizen di atas sikap mementingkan diri pemandu Myvi berkenaan adalah posting di laman Facebook pemandu tersebut.
Namun bukan mudah untuk merungkai ‘penjelasan’ yang dilakukan oleh pemandu wanita berkenaan dan melalui komen-komen yang ditinggalkan, rata-rata terasa bingung untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh si pelaku.
Namun melihatkan kepada beberapa point tertentu, pemandu tersebut seperti menyatakan bahawa dia tidak bersalah di dalam kejadian tersebut.
Nak cuba faham? Sila baca sendiri di bawah ini.
Sehingga kini, keadaan penunggang motorsikal tersebut masih tidak diketahui namun melihatkan kejadian yang dirakam, kejadian sebegini sebenarnya boleh dielak sekiranya pemandu mengambil keputusan yang lebih bijak sebelum membuat pusingan U.
Ada juga komen yang turut berkongsi pernah menjadi mangsa kepada kejadian yang lebih kurang sama sehingga membuatkan mereka hilang keupayaan dalam meneruskan kehidupan seharian.
Selain itu, skill merakam perakam kejadian turut menjadi perhatian kerana mampu menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Dashcam Owner Malaysia