Peminat Perempuan Terkinja Jumpa Mierul Aiman, Netizen Naik Menyampah

Tidak dinafikan drama Projek: High Council memberi impak luar biasa kepada barisan pelakon termasuklah pelakon Mierul Aiman apabila namanya menjadi bualan ramai selepas membintangi drama tersebut.

Baru-baru ini tular video dikongsikan di aplikasi TikTok apabila ramai peminat teruja dan menjerit-jerit apabila berjumpa dengan pelakon yang sinonim dengan watak Fakhri dalam sebuah majlis.

https://www.tiktok.com/@aliffyou2/video/7219912901425908998?

Dalam video tersebut, kelihatan Mierul sedang menghisap rokok elektronik (vape) dan dia ditegur oleh peminat. Mierul dilihat mesra melayan peminat yang berada di sebalik pokok. Malah, Mierul dilihat sporting melayan peminat mencantum isyarat ‘love’ di tangannya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tertutama netizen lelaki yang menyampah dengan peminat wanita yang terkinja-kinja melihat pelakon tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan biasanya wanita tidak suka serta memandang rendah dengan lelaki yang merokok namun lain pula layanan mereka dengan pelakon itu.