Pengetua Sekolah Agama Di Kelantan Rogol Pelajar 15 Tahun, Turut Disyaki Bercinta

Seorang pengetua sekolah agama di Kelantan yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak telah ditahan di atas tuduhan merogol pelajar berusia 15 tahun.

BACA: Youtuber Terkenal Ditahan Polis Kerana Kes Cabul Di Kelantan

Menurut laporan Harian Metro berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kelantan iaitu Deputi Komisioner Shafien Mamat, pengetua dan pelajar perempuan berkenaan turut dipercayai bercinta.

Kegiatan pasangan tersebut bagaimanapun terbongkar apabila ada pihak ketiga membuat aduan kepada Talian Kasih sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Tambah Shafien lagi, suspek didakwa mengajak mangsa ke sekolah (dipercayai beberapa kali seminggu) ketika ketiadaan murid lain serta guru. Kejadian rogol itu dilakukan di sekolah.

“Sebaik ibu bapa berkenaan bertanyakan kepada pelajar berkenaan apa yang berlaku, pelajar berkenaan mengaku sebelum polis menghantarnya ke Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II)”

“Berdasarkan siasatan awal polis, pelajar berkenaan tidak diugut oleh pengetua itu sepanjang dua tahun lalu sebaliknya apa yang berlaku sudah ada persetujuan bersama antara mereka”

“Mungkin mereka bercinta dan kedua-duanya sentiasa berhubung secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga”

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek direman pagi ini untuk siasatan lanjut,” jelasnya lagi berkaitan perkara tersebut.

Terjadi situasi sebegini sedikit sebanyak membuatkan kepercayaan terhadap figura berlatarbelakangkan agama ini sedikit goyah. Semoga perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Harian Metro