Baru-baru ini, satu video pendek yang memaparkan seorang lelaki seakan-akan mahu menghempas kucing ke lantai telah membuatkan netizen geram. Perkara tersebut yang dirakamkan berlaku di Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam.
BACA: Ganjaran RM10,000 Untuk Siapa Dapat Tangkap Pembakar Anak Kucing
Akibat daripada rakaman tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen tidak puas hati terhadap kejadian tersebut. Bagaimanapun pengurusan masjid berkenaan menafikan berlaku perkara sedemikian.
Menurut nazir masjid itu, Harani Md Saad, wujud salah faham berkaitan insiden tersebut malah dia sendiri sudah bertemu dan bertanyakan situasi sebenar dengan pengawal keselamatan warga Bangladesh tersebut.
“Video itu memang dirakam di kawasan masjid dan saya sudah memanggil lelaki terbabit iaitu pengawal keselamatan masjid warga Bangladesh untuk mendapatkan penjelasannya”
“Dia menafikan dan mengaku tidak berniat untuk menghempas kucing itu, sebaliknya hanya mahu menakut-nakutkannya ketika mahu diberi makan. Jika melihat rakaman video, nampak seolah-olah kucing itu dihempas, sebaliknya tidak. Kucing itu tidak diapa-apakan, ia sihat dan tidak alami kecederaan,” kongsinya kepada Harian Metro.
Selain menasihatkan pengawal berkenaan agar tidak mengulangi perkara sama dia dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa pengawal tersebut sememangnya menyayangi kucing jalanan berkenaan dan sering memberinya makan.
Video itu sebelum ini dikongsikan oleh Facebook Pesatuan Haiwan Malaysia dan kemudiannya mendapat reaksi panas netizen yang mahukan individu terlibat untuk tampil dan menjelaskan perkara sebenar.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.