Penonton Ditipu ‘Fruit Son’, Plot Twist Drama Takdir Yang Tertulis Dapat Pujian

Bagi yang mengikuti secara rapat drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan gelaran Budak Ijat di Instagram, mesti episod terakhir drama ini membuat anda menyumpah seranah. Siapa yang tak tahu, ini juga pengarah yang sama untuk drama Nur yang ada sup bunjut itu.

BACA: Wanita Dedah Drama Takdir Yang Tertulis Sama Macam Kisah Dirinya, Terlalu Percaya Suami

Episod akhir yang akhirnya membongkarkan identiti sebenar bapa Mika membuatkan sosial media riuh rendah.

Bayangkan selama berbelas episod, kita rasa kita sudah tahu sangat siapakah ayah Mika, nah – sekali orang yang tak disangka-sangka adalah dalangnya.

Penonton dibiarkan hanyut dengan arus keyakinan yang kononnya kita tahu siapa ayah sebenar Mika – dan pada episod terakhir, penonton mencarut.

Penulis sendiri pernah memuji di dalam hati tentang ketelitian produksi memilih pelakon Mika kerana memang ada iras-iras Ean (kononnya) tapi bila sampai episod akhir, aku pun mengamuk!

Tapi apa yang kami kagum sebenarnya adalah komitmen pelakon dalam menghayati watak terutamanya Nazim Othman dan juga Nad Zainal. Kadang-kadang tengok merkea asyik nak marah dan bergaduh saja sampai terikut kerut dahi.

Untuk kita dapat kualiti seperti drama Korea – Penthouse – mungkin jauh lagi namun kehadiran pengarah drama dan juga pasukan produksi seperti ini memberi gambaran tentang hala tuju drama Melayu di Malaysia.

Mika kalau diterbalikkan, jadi Akim, kan?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.