Perkongsian Peguam Syarie Ini Bukti Isteri Setia Walaupun Suami Mahu Lepaskan

Kehidupan berumahtangga merupakan satu perjalanan yang penuh liku dan dugaan. Ada turun naiknya, ada indahnya, ada sedihnya namun adunan inilah yang membentuk keluarga yang bahagia.

BACA: Tak Minta Izin Suami Untuk Bekerja, Isteri Parah Ditikam Suami

Melalui satu perkongsian di laman Twitter oleh seorang peguam Syarie, Muhammad Syarafi, satu situasi yang mungkin kita jarang-jarang jumpa namun itulah keadaan selalu terjadi di kalangan masyarakat kita.

Namun pengakhiran buat kisah ini turut membuatkan netizen berduka. Menurut perkongsian tersebut, si suami pada mulanya hadir bersama isteri.

Niatnya adalah untuk melepaskan isteri kerana tidak terdaya dari segi pemberian nafkah zahir dan batin. Malah daripada gambar perkongsian jugak jelas lelaki berkenaan berada di atas kerusi roda.

“Saya dah tak sihat sekarang ni dan saya tak mampu dah nak sara diri jadinya saya nak lepaihkan dia ni elok la Tuan. Tak mau lepaih tak elok pasai dulu saya amik dia elok dari mak pak dia,” memetik kata-kata dari perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, isteri tetap mahu menjaga suaminya itu dan oleh kerana rasa ingin tahu, kami meneruskan bacaan di thread tersebut demi mengetahui kisah selepas kejadian.

Ternyata Allah lebih sayangkan suami apabila peguam tersebut berkongsikan update terkini pasangan itu.

Semoga kisah ini menjadi ingatan buat kita semua tentang pengorbanan pasangan masing-masing.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.