Perkongsian Wanita Ini Pasal Udang Besar Undang Sebak Warga Internet

Satu perkongsian yang cukup ringkas di laman Facebook Masak Apa Hari Ini telah menyentuh perasaan ribuan pengikut tegar di page berkenaan. Kisahnya ringkas, hanya cerita pasal udang tapi cukup menyedarkan kita.

BACA: Tak Tahan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Panjat Pencawang Untuk Sejukkan Hati

Melalui perkongsian akaun Facebook tersebut, sebelum ini jika seringkali dia terlihat ada gambar lauk udang besar lalu di feed Facebook, dia hanya mampu berdoa untuk merasai perkara yang sama.

Kita pun kadang-kadang macam itu juga’kan? Bila teringin tapi tak mampu, kita doa dulu siap-siap.

Lebih menyentuh perasaan, doanya berbelas tahun itu akhirnya termakbul setelah suami membelikannya 4 ekor udang dan udang tersebut khas buat isteri.

Disebabkan perkara tersebut, wanita tersebut sempat menitipkan doa buat mereka yang mungkin pernah berhadapan situasi yang sama dengannya agar berpeluang merasakan perkara yang sama.

“Ya Allah, andai kata pada saat gambar ini dilihat oleh sahabat yg tidak berkemampuan, aku bermohon pada Mu ya Allah limpahkan rezeki pada mereka, supaya mereka juga berpeluang merasa mkn kegemaran mereka sbgaimana Kau izinkan aku merasanya pada hari ini. Makbulkan lah doa ku ini. Aamiin,” tulisnya dalam status yang sehingga kini mendapat 18,000 like.

Kisah sebegini mungkin nampak biasa-biasa bagi yang senang mendapatkan sesuatu dan hanya yang pernah melalui kesukaran sahaja dapat memahami situasi sebegini.