Tak Tahan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Panjat Pencawang Untuk Sejukkan Hati

Tidak dapat dinafikan antara punca pergaduhan rumah tangga berpunca daripada tidak tahan dengan sikap pasangan. Daripada melepaskan kemarahan pada pasangan, ada yang memilih untuk membawa diri seketika untuk menghilangkan perasaan marah.

Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki di India ini, Tejpal Singh yang bertindak membawa diri dengan memanjat menara pencawang telekomunikasi kerana kerana muak mendengar bebelan dan bosan akibat selalu bergaduh dengan isteri.

Gulf News melaporkan Tejpal Singh bertindak demikian untuk menyejukkan hatinya yang panas gara-gara pertengkaran dengan isterinya.

Tindakannya itu lebih menjadi perhatian apabila dia enggan turun apabila diminta orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Dia hanya bersetuju untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi itu selepas campur tangan pihak berkuasa tempatan dan polis yang meyakinkannya untuk turun.

“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu. Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini,” katanya.

Laporan memberitahu, ini merupakan perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu dikatakan sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu.