Permohonan KWSP i-Sinar Kini Dibuka, Kategori 1 Automatik Dapat

Berita baik bagi anda yang ingin memohon KWSP i-Sinar, kini anda sudah boleh lakukannya di link yang kami kongsikan ini – https://isinar.kwsp.gov.my

BACA: Ini Syarat Untuk Keluarkan Duit Akaun KWSP 1 Sebanyak RM60,000

Memetik laporan BH Online sebelum ini, bagi ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Sementara itu, bagi ahli yang mempunyai baki lebih RM100,000 dalam Akaun 1, pengurus dana persaraan itu berkata, mereka boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Katanya, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.