Jika sebelum ini kita sering melihat Ebit Lew memberi bantuan buat mereka yang kurang berkemampuan, baru-baru ini dalam muatnaik terbaru di akaun laman sosial miliknya, penceramah ini juga turut berkunjung ke zoo negara.
BACA: Selangor Terjejas Bekalan Air Lagi, Ebit Lew Pantas Beri Bantuan Untuk Kawasan Terjejas
“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP”
“Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran. Harimau saya bagi makan ni sakit. Diasingkan sekejap”
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara,” kongsinya.
Bagaimanapun, sebelum ini tindakan Zoo Negara memohon bantuan pernah dipertikaikan netizen lebih-lebih lagi apabila mereka pernah menerima dana daripada pihak kerajaan berjumlah RM1.3 juta pada April lalu.
Correct me if I’m wrong but there’s something wrong the people who manage Zoo Negara. They received thousands of donations, funds etc from people in the past but nothing has been taken for action. And now they are still out of resources. Where did all the money go though? https://t.co/xD541MiUuG
— Laaa✨ (@lalaanwar) April 7, 2020
Memetik kenyataan Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana menerusi laporan FMT, zoo yang menempatkan lebih dari 4,000 haiwan itu memerlukan kos operasi sebanyak RM12,000 sehari, dengan anggaran RM350,000 sebulan.
Dalam laporan itu juga, ada di antara penderma merupakan pelajar dan nilai penderma individu adalah sekitar RM10 hingga RM50 seorang. Sementara itu laporan kewangan tahunan mereka di laman sesawang tidak membuahkan sebarang hasil.
Apa pun, kebajikan dan keperluan haiwan di zoo negara adalah amat penting lagi-lagi di saat ketika musim PKP ini di mana menurut Rosly, semua keperluan zoo sebelum ini sebenarnya bergantung kepada jualan tiket semata-mata.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.