Selangor Terjejas Bekalan Air Lagi, Ebit Lew Pantas Beri Bantuan Untuk Kawasan Terjejas

Bila sebut tentang bantuan, tidak dapat dinafikan, nama Ebit Lew pastinya menjadi sebutan. Apa yang pasti, bantuan yang diberikan oleh penceramah ini sangat pantas – bukan dengan cara tunggu dan lihat.

BACA: Ramai Mesej Minta Bantuan, Ebit Lew Terus Hantar Keperluan Frontliner Sabah Guna Kapal Terbang

Contohnya ketika ini, beberapa kawasan di Selangor sekali lagi dilanda gangguan gara-gara pembuangan sisa toksik dari syarikat durjana. Mangsanya adalah rakyat Selangor sendiri, tak habis-habis dengan gangguan bekalan air. Dulu mungkin boleh buat jenaka lagi isu ini, tapi rasanya sehingga ini, sudah melampau sangat pencemaran yang dilakukan.

Baru saja lagi Ebit memuatnaik gambar tentang proses pengagihan air buat beberapa kawasan di Subang. Menurutnya, sekitar 4 lori tangki air sudah pun digunakan untuk proses bantuan tersebut.

“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya”

“Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok,” kongsinya di laman Facebook.

Bertabahlah wahai warga Selangor, semoga ujian mendatang ini akan ada manisnya di masa hadapan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.