Pintu Terbuka & Tertutup Sendiri Di Shopping Mall Baru, Netizen Berbalah Sesama Sendiri

Baru-baru ini sebuah video pintu terbuka dan tertutup sendiri telah tersebar di laman sosial. Apa yang menarik, video berkenaan menjadi tempat netizen berbalah kerana berbeza pendapat.

BACA: Indonesia Kurung Rakyat Ingkar Perintah Kuarantin Di Rumah Berhantu

Video yang dirakam di sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka di tengah ibu kota itu menjadi perhatian kerana ada yang percaya perkara mistik yang berlaku selain ada juga yang menyatakan bahawa perkara tersebut adalah kerana kesilapan teknikal.

@fiesha_honda Seram weyh petang2 dia main pintu 😨 #fyp #tiktokseram #berandatiktok ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Seperti kebiasaan dalam posting video mistik sebegini, pasti muncul individu yang ada deria keenam yang menjelaskan terdapat sesuatu dalam video tersebut.

Sementara itu, ada juga yang netizen yang mendakwa mereka adalah pekerja di sana dan tidak mengalami sebarang kejadian pelik sepanjang bekerja di sana.

Apa pun, video dan kisah sebegini pastinya mengundang pelbagai tanggapan dari pelbagai pihak yang datang dari pelbagai kepercayaan.

Setakat artikel ini dikeluarkan, pihak pengurusan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

Benda simple saja sebenarnya dan tak perlu nak takutkan sesuatu tanpa asas yang kukuh.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.