Umum mengetahui hari ini bermulanya perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 sehingga 12 Mei depan. Malah, rakyat juga kini sudah boleh menarik nafas lega apabila saban hari kes positif COVID-19 semakin menurun.
Berita baik untuk rakyat Malaysia, menerusi PKP Fasa 4 ini, kerajaan telah memberi kelonggaran dimana ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian boleh membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Daru Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian PKP sebentar tadi.
Selain itu, pergerakan turut dilonggarkan untuk individu-individu yang mahu mendapatkan rawatan dan perkhidmatan perubatan. Namun harus memilih memilih premis yang paling dekat dengan kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata orang ramai masih tidak boleh bergerak melebihi 10km dari tempat tinggal.
SUMBER: The Star