Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam bagi pengguna kenderaan persendirian.
Malah, tiada lagi larangan pergerakan rentas antara daerah ketika pelaksanaan PKPB itu.
“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan antara daerah (dan daerah), tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.
“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini),” katanya menerusi sidang media hari di Putrajaya sebentar tadi.
Dalam pada itu, mengenai perjalanan rentas negeri pula, beliau berkata larangan masih terpakai tetapi perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei ini dengan permohonan dibuat kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam pula masih dalam kajian terperinci oleh pihak polis.
“Ini kerana pergerakan antara negeri masih tak dibenarkan, oleh itu kenderaan awam seperti bas ekspres belum (beroperasi),” katanya.
Terdahulu, polis menetapkan tempoh selama empat hari antara 7 hingga 10 Mei ini bagi mereka yang terkandas membuat perjalanan rentas negeri, kembali ke kediaman masing-masing di seluruh negara.
SUMBER: RTM