PKPB Boleh Ditamatkan & Kembali Kepada PKP Jika Rakyat Ingkar

Meskipun negara kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana lebih banyak kelonggaran dibuat, malah hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi, namun rakyat perlu mematuhui SOP yang ditetapkan.

Menerusi sidang media harian COVID-19 sebentar tadi, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hampir keseluruhan rakyat Malaysia mematuhi SOP sepanjang PKPB ini, namun masih ada yang ingkar dengan arahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa PKPB boleh sahaja ditamatkan dan dikembalikan menjadi PKP sekiranya masih ada rakyat yang ingkar dengan arahan kerajaan bagi mematuhi segala SOP untuk mengelakkan penularan Covid-19.

Seperti diketahui, PKPB telah pun dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun depan. Susulan perlaksanaan tersebut, orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Leave a Reply