Menerusi sidang media sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan empat minggu lagi 9 Jun depan.
Fasa kedua PKPB akan bermula pada 13 Mei ini sejurus fasa pertama PKPB tamat pada 12 Mei.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut memohon maaf kerana perjalanan untuk balik ke kampung rentas negeri tidak dibenarkan.
PERUTUSAN KHAS | "Bila keadaan pulih sedikit masa lagi, saudara saudari boleh lah balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara" – PM pic.twitter.com/T4oi0b0X99
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 10, 2020
“Minta maaf banyak, demi untuk menjaga kesihatan kita semua perjalanan balik kampung rentas negeri tidak dibenarkan.
“Saya tahu ramai sedih tak dapat balik kampung beraya bersama keluarga, bersabarlah,” katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata sambutan hari raya dalam kalangan jiran dan komuniti terdekat masih dibenarkan dengan syarat SOP keselamatan perlu diterapkan untuk setiap tetamu yang hadir seperti menjaga jarak.