Baru sahaja berapa jam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, sudah bermacam perkhabaran membimbangkan kita dapat lihat di media sosial. Nampaknya, ini tentunya berita baik buat orang ramai hari ini.
Jika sebelum ini PKP menghadkan pergerakan orang ramai untuk tidak bergerak melebihi 10 km, namun mulai hari ini perintah kawalan pergerakan bersyarat PKPB telah membenarkan orang ramai untuk bergerak melebihi 10km radius.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menerusi sidang media di Putrajaya sebentar tadi.
Tiada lagi 10 KM radius perjalanan dalam peraturan PKPB , namun rentas negeri masih belum dibenarkan – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/TANBNdGV8R
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 4, 2020
Menurutnya, peraturan 10 radius kilometer yang diguna apaki di dalam PKP sebelum ini tidak lagi dilaksakan di bawah PKPB. Bagaimanapun, rentas negeri masih tidak lagi dibenarkan dalam PKPB.