PKPP: Rumah Terbuka, Pusat Karaoke, Aktiviti Kenduri Masih Tidak Dibenarkan

Umum mengetahui perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Disebalik kelonggaran yang diumumkan, bagaimanapun masih banyak sektor dan aktiviti yang dilarang beroperasi bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Antaranya pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara serta rumah terbuka masih lagi tidak dibenarkan.

Menurutnya, apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP belum dibenarkan lagi.