Polis Tembak Anak Usia 7 Tahun Sebelum Tembak Diri Sendiri

0
29595

Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat sini, petang tadi.

BACA: Inilah Punca Sebenar Namewee Ditahan Polis Sebaik Tiba Di KLIA

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang tadi yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu telah membunuh diri dengan menggunakan pistol pasukan dan kita percaya dia menembak anaknya sendiri sebelum itu. Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua mayat,” katanya pada media selepas hadir ke lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan namun ia dipercayai berpunca daripada masalah keluarga, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA