Prank Uji Kesetiaan Wanita Dengan RM20,000 Ini Dikecam Netizen

0
18252

Kerancakan pelbagai bahan tontonan di Youtube memang menyeronokkan dan baru-baru ini satu video yang berkisarkan ‘ujian kesetiaan’ seorang wanita telah menjadi bahan bualan netizen – yang rata-ratanya bengang dengan prank tersebut.

BACA: Suami Youtuber Terkenal Di Ipoh Didakwa Cederakan Isteri

Melalui potongan pendek video berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter, penonton dihidangkan dengan pelbagai emosi dan juga rasa marah terhadap rakaman tersebut.

Rata-rata menyatakan bahawa ‘ujian’ berkenaan tidak patut dilakukan dan ada juga yang bersetuju agar perkara yang sama dilakukan pula terhadap kaum lelaki.

Bagi kami, tidak tahulah, nampak fake pun ada tapi inilah namanya hiburan. Siapa yang bijak memanipulasi situasi, drama dan kecenderungan masyarakat dalam menilai sesuatu, dialah yang beruntung untuk meraih perhatian.

Bagi anda pula macam mana? Adakah anda setuju video prank atau ‘ujian’ sebegini dilakukan hanya ke atas wanita sahaja?