Pukul Mak Sampai Mati Sebab Tak Masak Nasi

Hanya kerana tidak masak nasi, seorang lelaki tergamak memukul ibu kandungnya menggunakan kayu sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia dalam kejadian berlaku di Dusun Muara Tolang, Desa Doloksaut, Indonesia.

Memetik laporan Tribun News, kejadian bermula apabila suspek meminta ibunya menyediakan nasi untuknya selepas bangun jam 9 pagi. Kemudian ibunya memberitahu bahawa dia boleh makan di jiran rumah mereka yang mengadakan jamuan kecil-kecilan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan menolak tegas cadangan ibunya itu. Ibunya berkata dia tidak masak nasi di rumah, tetapi dia ada masak nasi di rumah jirannya.

Lelaki itu yang tidak dapat menerima jawapan tersebut, timbul pergaduhan antaranya dengan ibunya sehingga keadaan menjadi tegang apabila suspek mengambil sebatang kayu api dan bertindak memukul ibunya di kepala.

Meskipun memukul sekuat hati, namun pukulan pertama itu tidak membuatkan ibunya terjatuh, suspek kemudian memukul sekali lagi dengan sepenuh tenaga sehingga ibunya terjatuh.

Melihat ibunya jatuh dengan kepala berlumuran darah, lelaki tersebut kemudian pergi ke rumah jirannya memaklumkan apa yang telah dia lakukan pada ibunya.

“Setelah ibunya jatuh , berlumuran darah, suspek meninggalkannya di sana untuk memberitahu jiran bahawa dia telah memukulnya dan memberitahu mereka di mana dia berada.

“Jiran-jiran yang tiba kemudian membawa dia ke hospital namun dalam perjalanan ke sana, dia telah meninggal dunia,” tambahnya.

Lelaki berkenaan sudah pun ditahan untuk membantu siasatan dan bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.

SUMBER: Tribune News