Ramai Mesej Minta Bantuan, Ebit Lew Terus Hantar Keperluan Frontliner Sabah Guna Kapal Terbang

Jujurnya melihatkan apa yang dilakukan oleh Ebit Lew ini, terharu pun ada. Ketika rakyat negara kita masih terpinga-pinga dengan situasi politik, masih ada insan yang buat perkara yang logik dengan situasi.

BACA: Sedih Lihat Selangor Terganggu Bekalan Air, Ini Tindakan Pantas Ebit Lew Lakukan

Apa yang pasti, tindakan Ebit tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukannya sebelum ini – pantas menghulurkan bantuan ketika saat memerlukan.

Melalui perkongsian terbaru di akaun laman sosial miliknya, Ebit telah menyalurkan barangan keperluan untuk barisan frontliners di Sabah dengan menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah”

“Saya guna perkhidmatan Raya Airways. Doakan ye insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” kongsinya di Facebook yang sehingga kini sudah mendapat lebih 100,000 tanda suka.

Semoga usaha Ebit ini akan melahirkan lebih ramai dermawan di masa hadapan yang sanggup memberikan pertolongan kepada yang memerlukan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.