Rentas Negeri Selepas 80 Peratus Rakyat Malaysia Divaksin

Sedikit berita baik buat kita apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan – jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19.

BACA: Kompaun RM10,000 Jika Ingkar PKP Mulai 11 Mac

Menurut Hisham, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan (KKM) belum mempertimbangkan kebenaran untuk merentas daerah dan negeri walaupun program vaksinasi sudah bermula.

“Kita menjangkakan negara mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. Sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi”

“Kedua-dua pendekatan ini dijalankan seiring sehingga kita mendapatkan imuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus daripada rakyat kita sudah diberikan vaksin,” katanya dalam laporan BH Online.

Selain itu, laporan portal berita itu turut menjelaskan bahawa KKM pertimbangan turut diberikan untuk perjalanan rentas negara – sebaik negara mencapai tahap imuniti kelompok yang disasarkan.

Bagaimanapun pelbagai penelitian dan data perlu diambil berat sebelum sebarang keputusan rentas negara dibenarkan. Sekurang-kurangnya ia mungkin akan memakan tempoh enam hingga sembilan bulan untuk mendapatkan data tersebut.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.