Siapa tidak kenal dengan Ahmad Maslan? Pernah hadir dengan pelbagai resepi yang mengundang kecaman sebelum ini, kini ahli Parlimen Pontian ini berkongsikan resepi baru yang susah betul rasanya nak masuk di tekak.
BACA: Bazir Duit, Rakyat Bantah Cadangan Menteri Nak Hidupkan Semula PLKN
Melalui perkongsian di Twitter baru-baru ini, telah lahir resepi sandwich telur yang ditambah dengan taugeh – paling unik resepinya.
Menyatakan bahawa resepi yang dimasaknya sendiri itu adalah salah satu hidangan sihat buat mereka yang ingin diet tanpa makan nasi, kemeriahan sandwich tersebut ditambah lagi dengan sos cili – give up kami, baca pun dah rasa tak selera dan geram.
#MasakSendiri
Minum petang & boleh
makan malam sekali utk diet tanpa #nasi#Sandwich roti #Gardenia
(atau jenama lain yg #Halal)#Telur goreng, #taugeh & sos #ciliPanaskan roti hingga terbakar sedikit. Panaskan taugeh juga.
Simple tapi sedap👌 pic.twitter.com/i8tJnk0Dp3
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) December 3, 2020
Jika anda rasa sandwich taugeh sudah cukup buat anda kembang tekak, cuba gandingkan dengan teh susu seperti yang Ahmad Maslan kongsikan dalam salah satu gambar yang dimuatnaik.
Netizen yang terkesan dengan perkongsian tersebut nyata meluahkan perasaan mereka. Posting tersebut menerima pelbagai reaksi berbaur. Ada yang marah, kagum dan macam-macam lagiah.
Wahhh nampak tak sedap Datuk😍
— areroleis (@arulislam) December 3, 2020
Terima kasih dato sebab ajar saya cara buat makanan tak sedap.
— Asyraf Billionaire (@ashdotrafz) December 3, 2020
Kesian taugeh dilyan sebegini rupa
— IambutIamnot (@Pure_Love98) December 3, 2020
Kesian anak dia
— Erlyza Azmiera (@erlyzaazmiera) December 4, 2020
Bukan mudah untuk orang biasa keluar dengan resepi seberani ini. Apa yang pasti, anda boleh share kisah ini dengan kawan-kawan yang bencikan taugeh dan lihat bagaimana reaksi mereka.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.