Jika feed di Instagram anda selalu lalu gambar makanan, mesti ada perasan sejenis roti bulat yang macam ada cheese. Itulah dia Korean Garlic Cheese Bread yang sekarang ini memang ramai betul nak cuba.
BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Wanita Bergelang Kuarantin, Kini Di Hospital
Tapi jika anda nak buat sendiri pun senang saja sebenarnya. Melalui perkongsian Mis Fiona Azua di group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN), ada cara yang cukup mudah untuk anda cuba sendiri.
Tak mahu cakap panjang, kami sharekan cara-caranya seperti di bawah:
Bahan untuk Roti
4 biji roti burger tapi hati-hati, belah jangan sampai putus
Bahan Untuk Cream Cheese
1 ketul cream cheese
Gula – 4sudu besar
Susu Cair – 50ml
Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan sampai jadi cheese macam buat kek
Bahan untuk Garlic
Butter garlic (seperti dalam gambar)
Telur – 2 biji
Cairkan butter garlic 3 sudu besar. Bila sudah cair, bagi sejuk sekejap.
Masukkan 2 biji telur dalam garlic yang dah cair tadi dan mix sehingga kembang
Cara Penyediaan
1. Ambil roti tadi dan letakkan cream cheese dia tengah roti yang kita potong tadi
2. Kemudian celup roti ke dalam telur yang kita mix ngn garlic tadi (ulang buat benda sama sampai habis roti).
3. Letak atas bekas oven dan bakar (170C selama 15-20minit)
Bila dah siap, bolehlah makan. Jika sedap, bolehlah anda cuba-cuba untuk jual pulak kan?