Restoran Di Kelantan Ini Jual ‘Ketum Float’ Dengan Harga RM3

Jika anda sukakan minuman yang ‘luar biasa’ atau lain daripada yang lain, mungkin anda boleh ke gerai Dale Rok Kubang Kerian di Kelantan ini untuk mencuba satu minuman yang buatkan anda ‘keliru’ apabila mendengar namanya.

Jangan terkejut, restoran ini bukan sahaja menyajikan makanan yang bertemakan Kelantan malah turut menyediakan minuman berwarna hijau yang diberi nama ‘Ketum Float’.

Tapi jangan risau, sebenarnya minuman tersebut bukanlah dibuat daripada daun ketum. Hanya diberi nama ketum sahaja dan dijual pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM3.

‘Ketum float’ ini sebenarnya menggunakan daun teh hija yang direndam dalam tempoh masa yang lama untuk memberi rasa serta menaikkan warna pada minuman tersebut.

Secara tradisinya daun ketum telah lama digunakan bagi tujuan perubatan atau pun menjadi amalan dalam aktiviti sosial masyarakat.

Perubatan tradisional berasaskan ketum digunakan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kecacingan, cirit-birit (diarrhea) atau pun digunakan untuk menambahkan tenaga untuk bekerja.

Namun kini, ia tetapi ia tidak lagi dikenali sebagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan sebaliknya lebih sinonim untuk dikaitkan dengan isu ketagihan dan penyalahgunaan.

SUMBER: Coconuts