Restoran Ini Guna Mata Wang Akhirat, Makan Percuma Bagi Yang Tak Mampu

Setiap perniagaan pastinya mempunyai matlamat – sama ada untuk menjana untung atau pun memberi yang terbaik kepada pelanggan mereka.

BACA: Ini Punca Kenapa Ebit Lew Kena Mohon Maaf Sebab Tolong Pelajar UPSI

Berbeza dengan restoran yang terletak di Setia Alam, Shah Alam ini, tuan empunya kedai benar-benar ingin membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk menjamu selera.

Melalui perkongsian di laman Facebook, restoran Taste of Pakistan merupakan lokasi anda boleh dapatkan hidangan Timur Tengah (nasi Arab dan macam-macam lagi) yang diubah mengikut cita rasa tempatan.

Siapa sangka, di saat musim Covid ini memang kebanyakan perniagaan berhempas pulas untuk meneruskan survival namun bagi restoran ini, mereka mahu membantu bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Tapi bagi siapa yang akan ke sini nanti, janganlah mengambil kesempatan pula. Jika ingin menambah pahala, bayarkan dulu untuk orang seterusnya makan pun tidak mengapa, kan?

Semoga semua perniagaan yang sedang bergelut di musim pandemik ini mampu kekal bertahan dan kembali beroperasi seperti biasa.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.