Rindu Bau Kari Melekat Di Tangan? Anuar Kari Kepala Ikan RM3 Buka Cawangan Baru

Berita baik buat penggemar kari sekalian alam, jika musim PKP baru-baru ini anda bagaikan tersiksa kerana tidak dapat menjamu selera di gerai kegemaran, kini masanya sudah tiba.

BACA: Kerana Upin Ipin, Rakyat Indonesia ‘Claim’ Lagu Burung Kakak Tua Milik Mereka

Bagi yang pernah makan di Kari Kepala Ikan Anuar yang terkenal dengan hidangan berharga RM3 di Bangsar ini, kini mereka beroperasi kawasan baru yang terletak di No.19, Jalan Dangi Wangi, Kuala Lumpur.

Sempena pembukaan cawangan tersebut juga (9 Julai 2020), seperti biasa, promosi set nasi ayam/ikan, sayur taugeh bersama kari pada harga RM3 sahaja sempena pembukaan hari pertama cawangan ini esok.

Selain cawangan baru di Dang Wangi, outlet yang terletak di Bangsar dan juga Kota Warisan (Sepang) juga beroperasi seperti biasa. Siapa yang dah pernah makan sini mesti tahu macam mana melekat bau kari selepas makan bukan?

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.