Sanggup Tumbuk Dada Budak Berkali-Kali Sekuat Hati Sebab Selalu Kacau Dating

Satu kejadian yang berpunca dari alasan yang tidak masuk akal berlaku di daerah Tangerang, Indonesia.

BACA: Prank Ibu ‘Kononnya’ Hamilkan Kekasih, Pemuda Ini ‘Makan’ Pukulan Ibu Di Kepala

Mangsa merupakan kanak-kanak yang cukup periang namun si pemukul macam tidak ada otak sehingga sanggup menumbuk dada si kecil sekuat hati, berkali-kali.

Budak tersebut bukan main happy lagi bila video mula dirakam tanpa mengetahui yang dia bakal menjadi mangsa pukul manusia berhati syaitan.

Mangsa menerima pukulan berkali-kali dan paling kuat adalah di penghujung video. Tak tertahan dah air mata dan geram bila tengok part last sekali.

Menerusi laporan Sindonews, pemukul bertindak sedemikian hanya kerana kanak-kanak berkenaan menganggu dia dan kakak kanak-kanak terbabit ber-dating.

Video yang pantas tular itu akhirnya membuahkan hasil setelah pemukul sudah ditahan polis. Kami berharap sangat lelaki tersebut dihukum sepatutnya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.