Sebak Tengok Ayah Jual Ikan Rumah Ke Rumah Cari Nafkah Ketika PKP

Sudah hampir sebulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dikatakan ramai yang terjejas dari segi ekonomi. Malah, antara yang paling terjejas sumber pendapatan adalah mereka yang bekerja sendiri atau bergantung pada gaji hari.

Menerusi Twitter, seorang gadis bernama Dania Hasrul berkongsikan kegigihan bapanya yang menjual ikan dari rumah ke rumah dengan menaiki motosikal demi mencari nafkah untuk perbelanjaan harian keluarga mereka.

https://twitter.com/daniahasrul/status/1250378388109316096

Menurut gadis itu, dia meluahkan rasa sebak melihat bapanya mempromosikan ikannya itu dengan memuat naik status di aplikasi WhatsApp.

Dania berkata mereka sekeluarga memerlukan wang yang banyak sepanjang PKP ini. Dalam pada masa yang sama, bapanya sedang mengumpul wang untuk menghantarnya menyambung pelajaran tidak lama lagi.

Ujarnya lagi, tiada apa dia dapat lakukan untuk membantu selain memuat naik jualan ikan bapanya di Twitter dengan harapan dapat membantu untuk mendapatkan rezeki.

Dalam pada itu, Dania turut mengalu-alukan sesiapa yang mahu mendapatkan ikan segar di kawasan Seremban boleh menghubungi bapanya.

Perkongsian Dania itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen turut berasa sebak dan mendokan agar perniagaan bapanya di permudahkan. Malah ada netizen turut membantu gadis itu dengan berkongsikan Tweet tersebut agar dapat disebarkan kepada orang ramai.

Leave a Reply